fbpx

Sebabkan belacan, polis datang serbu rumah

Ada suatu kejadian yang tidak disangka di negara Perancis, di sebabkan bau belacan, polis datang ke rumah.  Ramai rakyat Malaysia tinggal di negara itu. Biasalah kalau tekak dah melayu. Sambal belacan antara kegemaran.

Bukan senang nak dapatkan bahan bahan masakan orang melayu terutama jika tinggal di negara orang. Zulfo Mahadi di akaun twitter menceritakan kembali kenangan dimana kawan isterinya yang teruja mendapat belacan ketika menetap di Perancis .

Kejadian polis datang ke rumah apabila belacan di bakar di appartment kawan isterinya. Belacan sememangnya mempunyai aroma yang agak sengit. Bagi kita di Malaysia sudah menjadi kebiasaan aroma belacan tetapi tidak kepada orang luar. 

Oleh kerana baunya melepasi keluar apartment, jiran jiran pun terhidu bau yang agak kurang senang bagi orang luar. Jiran jiran menyangkakan bau itu seperti bau mayat. Mereka pun menghubungi polis.

Bau belacan sama ke dengan bau mayat? Ramai juga netizen komen pasal hal ni tetapi Zulfo pun memberi kenyataan dalam komen tersebut.

''Hebat bau belacan ni''

Sumber dari Oh My Media , Zulfo

No related posts for this content

>