fbpx
  • Home  / 
  • Kereta
  •  /  Wajib tahu tentang air filter kereta anda

Wajib tahu tentang air filter kereta anda

Apakah fungsi air filter kepada enjin?

Tujuan penapis udara enjin anda adalah untuk mengelakkan habuk, debu  pencemaran dan serpihan lain daripada memasuki enjin. Benda benda asing  ini boleh  merosakkan logam dalam permukaan piston dan dinding silinder.

Jika habuk masuk ke dalam,akan berlaku calar dalam dinding silinder yang akan menggangu di dalam ruang pembakaran, gangguan antara piston dan valve seat.  Kesan yang lain ialah kurangnya compression (loss power). Ekzos juga akan mengeluarkan asap pencemaran.

Bilakah masanya menukar air filter?

Kebiasaannya pengguna kereta menukar setelah millage yang panjang ( Mengikut sticker oil change ). Mekanik akan membuka kotak air filter dan melihat samada kotor atau tidak. Kalau kereta kerap berjalan ke tempat berhabuk atau kawasan bandar, air filter akan cepat kotor. 

Tidak disarankan menyembur air filter dengan angin. Walaupun nampak bersih dan boleh guna, akan ada kesan yang lain. Fungsi air filter akan rosak  ( dinding tapis tertutup/sumbat).Jumlah oksigen yang ditapis masuk ke dalam enjin akan berkurangan. Wajib tukar. 

Kelebihan menukar air filter yang baru

Penapis udara bersih membantu  penggunaan petrol/diesel yang lebih ekonomik, respon enjin yang cepat dan mengurangkan pelepasan asap dari ekzos.

Jumlah oksigen yang masuk bertambah. Bukan sahaja penapis udara membersihkan udara memasuki enjin tetapi ia juga menghalang serpihan asing masuk ke dalam enjin.

 Dalam sesetengah keadaan, penapis udara bersih boleh memanjangkan perjalanan ( jimat petrol/diesel)sebanyak 14% dan juga meningkatkan pecutan sehingga 11% bergantung kepada model kenderaan.

Jika kurang oksigen masuk ke dalam enjin, pembakaran petrol dan diesel akan terganggu. Jumlah yang terbakar mungkin separuh dan akan menyebabkan petrol dan diesel menjadi kerak karbon (unburned fuel) terbentuk menjejaskan prestasi enjin
No related posts for this content

>