fbpx
  • Home  / 
  • Kereta
  •  /  Nak pilih petrol Ron95 ke atau Ron97?

Nak pilih petrol Ron95 ke atau Ron97?

Negara kita ni banyak stesen minyak sampaikan ada yang hanya minat satu jenama sahaja. Ada yang kata, guna jenama tu lebih jimat, minyak petrol lebih dan macam macam lagi. Tetapi sejauh mana kita dengar tentang mitos mitos petrol?

Cerita yang biasa kita dengar

Selama ini terdapat banyak perdebatan mengenai kedua-dua jenis bahan bakar, ada yang kata bahawa RON97 akan meningkatkan kecekapan dan prestasi enjin dan RON95 tidak begitu baik untuk enjin dan mungkin menyebabkannya sedikit lembab dalam prestasi enjin. Tetapi RON97 benar-benar lebih baik daripada RON95?

Ada juga mengatakan RON95 sangat cepat habis dari RON97. Tetapi dari segi harga,ramai memilih RON95 kerana harga yang lebih murah. Soalan tentang jimat minyak adalah subjektif.

Enjin yang terbaru mempunyai ECU Fuel Mapping tersendiri

Maksud RON

Dari segi bahasa yang mudah, RON iialah ketahanan minyak sebelum ia dibakar bergantung kepada Octane Rating ( Nombor gred ). RON97 mempunyai Octane yang lebih tinggi dari RON95. Sedikit sahaja perbezaan dari kadar bahan tetapi dari segi pembakaran dan prestasi memang berbeza. 

RON ibarat seperti gula atau susu pekat. Banyak kita letak dalam minuman,terasa la manisnya tetapi kadar yang tidak boleh lebih. Perasan tak masa kita hendak mengisi petrol, pada pembukaan tank akan ada tulisan hijau atau merah ( Use Unleaded Fuel Only ). 

Kebanyakkan pengeluar kereta telah menetapkan jenis petrol bagi enjin untuk tidak menjejaskan prestasi. Soalan yang paling penting ialah yang mana menjimatkan?

  • Harga RON95 ( RM2.20 )
  • Harga RON97 (RM2.65 )
  • Harga DIESEL (RM2.18 )

Cara nak jimat minyak petrol?

Banyak ujian secara rambang telah dilakukan oleh orang ramai. Isu nak jimat ni tak konklusif sangat. Ada yang enjin CC besar dan ada CC kecil. Cara pemanduan pun berbeza. Kami tak nak buat ujian tetapi ada cara yang memang terbukti boleh menjimatkan sehingga 20%.  Kalau nak jimat, cuba lakukan seperti ini. Boleh dibuat pada semua jenis kenderaan.

  • Pandu kereta di bawah 90KMH
  • Pastikan RPM enjin berada di bawah 3000rpm
  • Tekan pedal secara perlahan
  • check
    Pandu secara konsisten

Thrive Leads Shortcode could not be rendered, please check it in Thrive Leads Section!

''Semakin tinggi RPM, lagi banyak petrol akan dibakar dan sangat rugi pada perjalanan jarak dekat''

  • Jangan tekan pedal lebih
  • Jangan pecut  jarak dekat
  • Jangan biarkan enjin terlalu lama statik

''Perkara diatas akan membuatkan kuasa tenaga yang lebih tidak kira jenis kenderaan''

Isu nak jimat ni bergantung kepada kaki masing masing baik lelaki atau perempuan. Kalau nak high performance kenelah belanja lebih sikit tapi kalau setakat jalan jalan dengan famili, boleh pilih mana yang sesuai dengan poket. 

RON95 dan RON97 ada ciri ciri dan kelebihan. Yang mana patut kita guna bergantung kepada kita juga. Beza hanya pada bahan sahaja. Ada juga kereta mewah menggunakan RON95. Tiada masalah pun. ​​​​

No related posts for this content

>