fbpx
  • Home  / 
  • Kereta
  •  /  Minyak enjin apa yang patut saya guna?

Minyak enjin apa yang patut saya guna?

Enjin kereta ni macam badan orang juga. Kene bagi makan yang betul dan supplement yang baik. Cuma enjin kita lebih kepada lubricant (pelincir). Kalau tak guna minyak enjin, bergeser geserlah besi dengan besi. Melekat je tak gerak. 

Jenis jenis pelincir pun banyak di pasaran. Ada yang mahal dan ada juga yang murah. Yang ciplak pun banyak.

Masalah pasaran di negara kita ada juga tiruan

Jenis pelincir yang mana patut kita pilih?

Kebiasaan kita akan memilih jenama pelincir yang biasa digunakan. Tetapi tahukah kita ada beberapa perbezaan dari segi label dan nombor pada botol minyak pelincir. 

  • 20w-50 Minyak enjin 20w50 adalah minyak kelikatan tinggi yang sering digunakan dalam kenderaan yang terdedah kepada suhu tinggi, . Ia  melindungi bahagian enjin dari geseran. Sesuai bagi kereta enjin lama. Tukaran minyak ke 5000KM
  • 10w-40 semi synthetic  lebih kepada enjin moden masa kini yang telah di syorkan oleh pengeluar kereta. Ia adalah pelincir yang kurang pekat berbanding 20w-50 tetapi sangat baik untuk pergerakkan enjin dan mengurangkan stress enjin. Tukaran minyak 7000KM
  • 5w-30 dan 5w-40 fully synthetic adalah minyak enjin yang terbaik melindungi dalaman enjin kerana mudah mengalir. Ia juga melindungi enjin dari suhu rendah dan suhu yang tinggi. Minyak ini juga tidak mudah meluwap dan tidak akan menjadi (sludge ketulan minyak) .  Harga agak mahal berbanding minyak gred di atas.

Thrive Leads Shortcode could not be rendered, please check it in Thrive Leads Section!

Huruf ( W ) berdasarkan suhu cuaca. Negara kita kebanyakkan menggunakan gred gred di atas. Nombor di sebelah  seperti ( 50, 40 dan 30 ) adalah kelikatan pada suhu enjin

Jangan pening pening pasal nak pilih minyak enjin kereta korang. Tanya mekanik kereta atau pusat servis apakah minyak yang sesuai digunakan.

''Tidak disarankan mengguna minyak enjin yang tidak diketahui pembuatannya''

Nota

  • Selalu periksa minyak enjin 
  • Pastikan minyak enjin berada masih ada di paras minimal yang disarankan
  • Gunakan minyak enjin yang di ketahui pembuatannya/jenama
  • Selalu membuat pertukaran bila waktu servis ( jangan skip )
  • Pastikan tiada kebocoran enjin. Minyak akan berkurangan 
No related posts for this content

>