fbpx

Kereta terbang pertama negara Malaysia

Idea gila membina sebuah kereta yang boleh terbang mendapat kecaman ramai netizin di negara kita. Adakah memang idea gila atau memang idea yang menguntungkan di masa akan datang? 

Jika dilihat buat masa ini, ianya sebuah fantasi tetapi jika dilihat dari aspek teknologi akan datang, tidak akan menjadi mustahil bagi negara kita mencipta. Ramai dikalangan netizan mengutuk idea gila ini.

Pada asasnya, tujuan dibina untuk memantau sektor perladangan dan memantau sempadan negara. Adakah perlu kereta ini dibina? Ramai yang berkata,ianya tujuan tyang sia sia! Cuba kita lihat dari negara lain juga mempunyai idea yang agak gila tetapi berjaya.

Contoh syarikat FedEx.  Bagaimana idea-idea gila sering diabaikan sebagai tidak efisyen tetapi terus menjadi terukir dalam sejarah perniagaan. Ini adalah idea Fred Smith  menciptai sistem penghantaran barang pengangkutan semalaman.

Idea beliau adalah untuk barang barang yang penting perlu dihantar dengan segera seperti perubatan, elektronik, dan komponen komputer. Ada yang berpendapat ianya adalah usaha yang sia sia. 

Pada tahun 1973, beliau menghidupkan idea ini ke dalam perniagaannya dengan  hanya menghantar beberapa barangan penting. Ramai telah mula membuka mata dari idea gila itu kerana telah mendapat sambutan dari beberapa syarikat yang menggunakan perkhidmatan itu.

Syarikat bank seperti Merrill Lynch adalah di antara pengguna perkhidmatan beliau dari awal penubuhan FedEx. 

Adakah idea gila seperti membuat kereta terbang akan menjadi sebuah teknologi penting negara? Kita tunggu dan lihat.

No related posts for this content

>