fbpx

Kereta Hybrid memang jimat petrol tapi

Teknologi kereta sekarang mempunyai bermacam macam fungsi dan rekabentuk. Setiap negara pengeluar seperti Jepun atau German berlumba lumba untuk mendapatkan idea dan teknologi terkini bagi memuaskan hati pelanggan. Fokus mereka sekarang kepada teknologi Hybrid. Adakah teknologi enjin Hybrid akan menggantikan enjin yang sedia ada? 


Kelebihan Enjin Hybrid

Tenaga yang bersih. Hybrid bergerak antara  gabungan gas dan elektrik. Sistem enjin akan mematikan penggunaan petrol pada kadar tertentu dan motor elektrik yang akan bergerak dari kuasa bateri.

Kebanyakan tenaga yang dihasilkan semasa brek  akan disalurkan kuasa kepada bateri. Tindakan ini meningkatkan caj yang tersedia untuk motor elektrik.

Jumlah berat kereta yang lebih ringan. Komponen kereta  dibina dengan menggunakan bahan ringan supaya tidak menggunakan banyak tenaga untuk pergerakkan.

Berkuasa bateri dan menjimatkan petrol


Kelemahan teknologi Hybrid

Dari segi performance atau kelajuan, enjin Hybrid bergerak lebih perlahan berbanding enjin petrol.

Dari segi harga, masih lagi mahal dan masih belum lagi di komersialkan secara besar besaran di negara kita kerana masih ramai memilih penggunaan petrol.

Kos membaik pulih atau selenggara yang mahal. Masalah lain adalah tidak banyak bengkel atau mekanik yang mahir membaik pulih enjin Hybrid

Tidak banyak tempat yang menyediakan elektric charger port. 


Berbaloi ke Hybrid?

Admin tak berani mengatakan samada ia bagus atau pun tidak. Teknologi Hybrid masih lagi baru dalam negara kita. Kesesuaian kepada pengguna masih lagi dalam pemandangan. 

Dari segi faktor penjimatan petrol memang sangat efisyen. Dari segi lain seperti kos pembaikan dan juga selenggara juga patut diambil kira. Di negara lain juga masih lagi tidak diperluaskan penggunaan Hybrid kerana beberapa faktor seperti di atas.

Jimat petrol memang sangat sangat menjimatkan tapi kos kos lain tidak dapat dipastikan.

No related posts for this content

>