fbpx
  • Home  / 
  • Kereta
  •  /  Jenama kereta yang laris di Malaysia

Jenama kereta yang laris di Malaysia

Ramai mempunyai kereta idaman masing masing. Kebanyakkan berangan nak yang sporty atau yang mewah. Orang kata ikut poketlah. Yang penting boleh di bawa kemana mana sahaja.  Mari kita lihat antara top 10 kereta terlaris di Malaysia. 

Kia

Antara kereta kegemaran rakyat Malaysia. Harga yang agak tidak mahal menjadi pilihan bagi sebilangan pengguna. Reka bentuk dan aksesori yang menarik menjadikan ia sebagai kereta idaman. Dari segi kawalan dan juga enjin tidak mengecewakan. Peningkatan jualan KIA meningkat setiap tahun.

Volkswagon

Jenama kereta dari Jerman ini juga tidak kurang hebatnya. Jualan yang mencatat lebih dari 3000 unit di negara kita. Walaupun dari segi harganya agak mahal, tetapi kualiti dan gaya menjadi tarikan pengguna pengguna negara kita. Volkswagon mendapat jualan terlaris tahun 2017 mengalahkan Toyota.

Mazda

Jenama kereta Jepun ini mempunyai ramai peminat dan juga kerana prestasi yang tidak mengecewakan.  Dengan reka bentuk dan design yang menarik, menjadi tarikan kepada penggemar kereta dari Jepun. Jenama Mazda dikatakan antara kenderaan yang menjimatkan bahan api dan juga kadar pelepasan asap yang agak rendah. Dari segi prestasi enjin sangat UMphhh.

BMW

Jenama yang banyak dikaitkan dengan kelas atasan. Kos selenggara boleh dikatakan agak manja dengan poket. Dari segi keselesaan dan keselamatan memang kene dengan jenama ini. Dari segi lain adalah prestasi enjin yang sangat baik kerana teknologi yang sering di upgrade dari tahun ke tahun. Penjualan BMW di negara ini juga mencapai kadar tertinggi setiap tahun.

Thrive Leads Shortcode could not be rendered, please check it in Thrive Leads Section!

Mercedes Benz

Mercedes antara kereta kereta golongan VIP. Jenama ini ada kelasnya tersendiri samada menunjukkan kemewahan owner atau sebagai lambang kuasa. Tidak hairanlah kita selalu nampak jenama ini di bawa oleh golongan tertentu. Tidak seperti BMW, kereta jenis ini kebiasaannya di pandu oleh seorang driver dan owner hanya duduk diam je di belakang.

Nissan

Jenama Nissan tidak asing bagi rakyat Malaysia. Dari segi teknologi dan keselesaan juga menjadi salah satu pilihan. Gambar GTR ni sekadar hiasan je. Antara model nissan  seperti Grand Livina  adalah antara top selling di Malaysia. Nissan sering mendapat anugerah best SUV for family dan juga best value for money. Dengan harga yang berpatutan dan juga penjimatan bahan api menjadi pilihan utama

Toyota

Toyota adalah jenama antara best seller di dunia. Tidak hairanlah negara kita ini mempunyai ramai pengguna Toyota dari segala model. Kebanyakkan owner Toyota akan mengatakan sangat baik dari segi ketahanan enjin dan juga kurang maintenance yang tinggi. Orang kita kata kalau jual semula ada harga. 

Proton

Jenama yang tidak asing bagi kita. Proton mempunyai beberapa model yang selalu mendapat permintaan antaranya Saga,Iriz dan Persona. Dari segi maintenance tidaklah terlalu mahal dan boleh dimiliki oleh sesiapa pun. Spare part yang mudah di dapati juga menjadi faktor utama pemilihan jenama ini. 

Honda

Antara jenama yang hot samada kereta atau pun motor. Jenama Honda dikaitkan dengan performance tinggi. Menjadi kegilaan di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun kereta Honda terpakai pun menjadi top selling.  Model yang popular ialah Honda Civic dan Honda City. Dari segi design memang tidak mengecewakan. Nak bawak awek kena ada kereta ini ke?

Perodua

Model seperti Myvi dan Axia tidak asing bagi kita. Selalu nampak di atas jalan. Dari segi harga dan kos maintenance yang agak murah menjadi pilihan. Faktor penjimatan bahan api menjadi pilihan utama.  Hal hal berkenaan kereta ini kami NO KOMEN. 

Artikel di atas ini tidak 100% tepat. Sumber dan info dari bacaan di internet.

No related posts for this content

>