fbpx
  • Home  / 
  • Kereta
  •  /  Guna 1 je bahan ni jadikan bau kereta macam baru keluar kedai

Guna 1 je bahan ni jadikan bau kereta macam baru keluar kedai

Bau dalam kereta adalah salah satu punca tidak keselesaan apabila memandu. Bau yang paling selalu kita hidu antaranya bau rokok. Lama juga nak hilangkan baunya. Kalau bertahun tahun hisap dalam kereta, guna pewangi pun sekejap je hilang. 

Orang lain yang naik kereta kita pun akan bau busuk yang sengit. Orang yang paling membebel ialah perempuan. Kalau ada awek mungkin tak nak naik lah. Kalau bau durian ok lagi kot. 

Punca bau yang susah nak hilang?

Bau dalam kereta akan susah nak hilang kerana air cond. Apabila wap yang basah atau fan blower akan memutarkan bau bau berpusing pusing dalam dashboard. Wap yang basah akan melekatkan bau pada dinding dalaman ataupun kerusi. Sebab tu guna pewangi sahaja tidak akan cukup nak hilangkan. 

Tak bagus untuk kesihatan yer lagilah pulak bau rokok.

1 bahan yang sangat power nak hilangkan

Serbuk kopi je ubatnya. Tak perlu nak pewangi yang mahal mahal pun. Mesti ada serbuk kopi di setiap rumah. 

Caranya:

  • Gunakan kain putih/kain bersih
  • Pengikat getah/rubber band
  • Masukkan sebuk kopi ke dalam kain
  • Jumlah serbuk ikut sebesar mana kita mahu
  • Letakkan di bawah kerusi ( setiap kerusi paling elok )
  • Letakkan di bawah dashboard ( 2 bungkus )

Bungkus macam sup bunjut

Huh!!Kenapa kopi?

Kopi bersifat kering. Mudah nak serap lembapan. Bau kopi juga akan meneutralkan bau bau lain di dalam kereta. Bila air cond dihidupkan, bau bau yang basah akan menyerap kepada kopi. Aroma kopi juga akan menghilangkan bau busuk. 

Percayalah kereta takkan bau kopi pun

Anda boleh cuba. Ramai dah try dan memang terbukti menyegarkan bau busuk dalam kereta. 

No related posts for this content

>