fbpx
  • Home  / 
  • Kereta
  •  /  Enjin kereta wira pernah diuji oleh Michael Schumacher capai kelajuan 235KMH

Enjin kereta wira pernah diuji oleh Michael Schumacher capai kelajuan 235KMH

Ramai yang pastinya mengenali Michael Schumacher. Seorang pelumba kereta F1. Dia telah memenangi banyak perlumbaan dengan jentera Ferrari F1

Tahukah anda bahawa Michael Schumacher pernah membawa proton wira 1.8 DOHC. Bukan calang calng orang yang bawa kereta tempatan ni. Dikala ramai rakyat kita masa itu mencemuh kereta buatan nasional, pemandu ternama ini sangat kagum dengan prestasi kereta wira ini.

Proton Wira 1.8 DOHC ini yang digunakan untuk perlumbaan Rally of Perlis pada tahun 1997-2000, pernah juga di pandu uji oleh Michael Schumacher dengan secara tidak dirancang, dari hotel Pan Pacific, Sepang menghala ke Cyber Jaya Lodge, setelah tamat Press Conference Malboro dengan pihak media.

Kelajuan jentera ini dipandu laju 236KMJ oleh Michael Schumacher. Tiada perubahan apa apa atau modification yang telah dilakukan pada wira ini. 

''Saya tergamam sambil duduk di kerusi penumpang depan, cuba memerhatikan jalan hala tujuan kami. Kagum dengan ketangkasan Michael Schumacher memahami kebolehan dan juga had limitasi pengawalan kenderaan ini walaupun cuma beberapa minit beliau mula memandunya''

Michael Schumacher memuji keupayaan kenderaan yang hanya mempunyai lingkungan 140bhp dan telah berusia 7 tahun Ia adalah suatu pengalaman yang manis, bersejarah untuk PROTON serta perbualan mesra dengan bekas juara dunia 7 kali F1, yang akan di ingati sepanjang hayat .

Megah juga terasa pemandu F1 ni . Jangan kita terlalu negatif sangat pada kereta nasional.


No related posts for this content

>