fbpx
  • Home  / 
  • Kereta
  •  /  Bila suhu enjin naik panas, apa perlu buat?

Bila suhu enjin naik panas, apa perlu buat?

Pernah tak rasa tiba tiba enjin naik suhu bila bawak kereta atau tiba tiba berasap je bonet depan! Mesti cemaskan terutama perempuan. Dari rumah ok je bila dah separuh jalan enjin buat ragam. 

Ini kebanyakkan masalah yang selalu kita nampak atau alami. Nak berlaku pun tiba tiba je. Kalau dalam traffik jem, lagi la parah. Bertambah jem jalan tu.


Punca enjin menjadi panas!!

Ada beberapa faktor yang menjadi punca enjin panas . Antaranya ialah

  • Air tangki radiator kering‚Äč
  • Kipas radiator tak berfungsi
  • Thermometer 3/4 Full
    Ada kebocoran hos atau tangki radiator
  • Gasket head leaking 
  • Thermometer 3/4 Full
    Tangki air radiator atau bahagian hos tersumbat
  • Thermometer 3/4 Full
    Water pump masalah


Ini adalah antara masalah masalah kebiasaan terjadi pada enjin kita. Perlunya kita periksa enjin sebelum kita mulakan perjalanan walaupun dekat. Ada antara kita tidak akan memeriksa air tangki sehinggalah waktu servis. 

Thrive Leads Shortcode could not be rendered, please check it in Thrive Leads Section!

Apa akan berlaku jika dah overheat?

Kalau dah overheat ni confirm memang akan ada sesuatu berlaku pada dalaman enjin terutama kawasan top head. Valve mungkin bengkok dan head mungkin crack atau mungkin lebih dari tu. 

Pentingnya kita selalu lihat meter suhu enjin apabila kita memandu. Kalau enjin dah mula panas separuh atas dari tu, maknanya ada masalah. Kalau boleh dah nampak tu, terus la periksa. Jangan tunggu dah breakdown baru nak berhenti. 

Kalau nampak je suhu naik, terus berhenti dan matikan enjin. 

Enjin dah nak overheat ni, apa nak buat?

Jangan panik sangat kalau suhu enjin naik. Buat cara ni.

  • Perhatikan suhu enjin kalau separuh, jalan pelan pelan.
  • Matikan air cond sebab udara panas kipas akan menolak ke enjin
  • Meter dah tahap merah tu, berhentilah dahulu.
  • check
    Tunggu enjin sejuk barulah cek tangki air radiator
  • check
    Cuba masukkan air ( kalau ada ) tapi dalam keadaan enjin sejuk/suam
  • check
    Call mekanik yang korang percaya

Peringatan!!!

Jangan cuba masukkan air ketika enjin sedang panas. Anda mungkin boleh cedera. Enjin juga berkemungkinan crack. 

Kos untuk repair bergantung kepada jenis masalah. Mekanik perlu buka bahagian enjin untuk pastikan bahagian mana yang bermasalah.

No related posts for this content

>